Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan menerima mengadap Chairman of the Japan-Brunei Friendship Association (JBFA), Michiaki Hirose yang juga selaku Senior Corporate Advisor, Tokyo Gas Company Limited.
Menyertai Chairman of JBFA pada Majlis Mengadap yang berlangsung di Istana Nurul Iman, hari ini ialah Ahli-ahli Kanan Eksekutif daripada Tokyo Gas Company Limited dan Mitsubishi Corporation (Jepun).
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam merakamkan penghargaan kepada pihak JBFA termasuk Tokyo Gas Company Limited dan Mitsubishi Corporation yang telah memainkan peranan penting dalam pembangunan LNG industri negara dan baginda berharap kerjasama strategik yang telah lama terjalin dalam sektor minyak dan gas untuk terus diperkukuhkan.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah; Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos dan Timbalan Menteri (Tenaga) di JPM, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd. Hanifah.
Sumber berita Pelita Brunei
Sumber foto InfoFoto